Thursday, July 23, 2009

Pantun Kuala Terengganu (2008)

Singgahsana bukit puteri,
Angin bertiup menderu-deru,
Pantai memutih cantik berseri,
Dihias gelombang laut membiru

Bukit puteri di tepi laut,
Meriam kembar menjaga kuala,
Indah pandangan hati terpaut,
Berkurun lama ingatan tak lupa

Tegak berdiri tiang bendera,
Dalam kubu bukit puteri,
Hati riang tidak terkira,
Tercapai hajat datang kemari

Patah pasak di dalam kemudi,
Patah di ruang bunga kiambang
Jikalau tidak bertemu lagi
Bulan terang sama dipandang

Dua tiga cincin di jari
Jari yang sebentuk sahaja dibilang
Dua tiga dapat dicari
Tidak sama bagai yang hilang

Kain batik berbunga-bunga
Tiga pasang di atas peti
Di mana tempat bermain bermanja
Jikalau tidak si jantung hati

Kerongsang emas kerongsang delima
Mana sama kerongsang berlian
Tikar emas bantal suasa
Mana sama berbantal lengan

Kain baldu kain makasar
Halus baldu baunya harum
Laut madu sungai bersakar
Haus tidak dapat diminum

Pucuk rebung teluk berantai
Nama diberi menambah seri
kain songket coraknya permai
direka penenun zaman bahari


merpati terbang kepak bersilang
turun ke bendang memakan padi
simpan di peti takutkan hilang
baik kusimpan di dalam hati

anak sawa sebesar lengan
meniti-niti di batang padi
hendak tertawa tiada berteman
senyum sedikit di dalam hati

No comments:

Post a Comment