Inderapura kaki ku berjejak
Bawa amanah tinggi menggunung
Di mana sahaja bumi ku pijak
Di sana langitnya pasti ku junjung
Gunung Tahan teguh berdiri
Langit dan bumi bagai bertaut
Tugas bertambah berperi-peri
Cabaran mendatang tetap ku sambut
Rotan Pahang banyak duri
Tempat hinggap burung tempua
Bersama suri peneman diri
Dulu sendiri kini berdua
Akal berfikir mata merenung
Jalan dicari merata-rata
Semangat berjuang kian menggunung
Menunggu peluang mencapai cita
Gading bertuah di puncak Tahan
Berakit baginda di Sungai Pahang
Bumi Pahang bumi pahlawan
Ku ambil semangatnya bekal berjuang
Sunday, May 22, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)